Visi, Misi, Objektif, Fungsi dan Piagam Pelanggan

VISI
Berperanan sebagai pusat ibadah yang unggul ke arah melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.
 
MISI
Untuk menjadikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai pusat merialisasikan penghayatan islam sebagai ad-din melalui Ibadah, dakwah, perkembangan ilmu, budaya,sosio- ekonomiserta pusat pelancongan yang terkemuka di peringkat antarabangsa.
 

FUNGSI
Merancang dan melaksanakan pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam perkara berikut:

  • Urusan Fardhu ‘Ain.
  • Urusan Fardhu Kifayah.
PIAGAM PELANGGAN
  • Kami berjanji akan menunaikan solat berjamaah 5 waktu dan solat jumaat serta solat hari raya tepat pada waktunya dan segala peralatan yang disediakan secara profesional.
  • Kami bersedia memberi layanan mesra kepada semua pelawat dalam dan luar negeri.
  • Kami akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan program-program peningkatan ilmu di peringkat kanak – kanak, remaja, dewasa dan masyarakat antarabangsa.
  • Kami akan memastikan masjid sebagai tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah.
  • Kami bersedia menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau yang berada di sekitar taman perumahan dan kompleks kerajaan Putrajaya.
  • Kami berusaha mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan kematian warga taman perumahan.
  • Kami memberikan layanan saksama kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Menyediakan kemudahan perpustakaan kanak-kanak kepada anak-anak para jemaah dan masyarakat umum.
  • Kami bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak jabatan kerajaan, swasta, masyarakat setempat dan NGO untuk melaksanakan program dan aktiviti berfaedah kepada masyarakat.