Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

PUTRAJAYA - 4 November 2019, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, telah mengadakan Lawatan Kajian ke Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Kori bin Jusoh. Lawatan ini dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan pandangan dan maklumat untuk merealisasikan Kajian Pemerkasaan Institusi Penguatkuasaan Syariah yang dibuat oleh JAKIM. Sesi temubual telah dilakukan bersama YBrs. Tuan Zainudin bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Encik Ganasan a/l Sathasivam, Penolong Pengarah Kanan Pengesanan, dan Puan Noor Azrimah binti Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pengawasan, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK).

 

aadk 1

 

aadk 2

 

aadk 3

 

aadk 4

 

aadk 5