Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya, 28-29 Januari 2020 Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Asas Reka Bentuk Grafik bertempat di Bilik Simulasi, Bahagian Pengurusan Maklumat.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan reka bentuk grafik yang digunakan dalam penyediaan bahan secara info grafik supaya sesuatu info dapat disampaikan dengan baik dan berkesan serta dapat menarik perhatian orang ramai. Peserta didedahkan dengan penggunaan pelbagai tools daripada Adobe Ilustrator dan Adobe Photoshop serta gabungan kedua-dua perisian bagi penyediaan powerpoint, poster serta backdrop. Sesi pembelajaran telah disampaikan oleh Puan Hamidah binti Ishak, Pereka JAKIM.
 
Semoga dengan pembelajaran ini dapat memberi nilai tambah yang positif dalam mutu kerja semua kakitangan Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.
 
bengkel grafik siri 1 1
 
 
 
Sebahagian hasil kerja tangan peserta bengkel 
 
 bengkel grafik siri 1 2
 
   bengkel grafik siri 1 3
 
bengkel grafik siri 1 4 
 
bengkel grafik siri 1 5
 
bengkel grafik siri 1 6
 
bengkel grafik siri 1 7
 
bengkel grafik siri 1 8