Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Putrajaya – 11 hingga 12 Februari 2020, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia Bil.1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah BPPPS adalah bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan penguatkuasaan undang-undang Syariah di samping menjalinkan hubungan baik antara JAKIM dan Negeri-Negeri. Mesyuarat turut membincangkan isu-isu dalam perundangan syariah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan kompetensi penguat kuasa dan pemerkasaan penguatkuasaan syariah.

  mkppa12020 2
 
mkppa12020 3
 
mkppa12020 4
 
mkppa12020 5
 
 
mkppa12020 6
 
 mkppa12020 1