Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya, 18 Februari 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Modul Khidmat Masyarakat Bagi Pesalah Muda yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyediakan modul hukuman alternatif bagi pesalah syariah berpandukan konsep Maqasid Syariah dan Gagasan Rahmatan Lil A’lamin.

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dari JKM, JKSM, JAWI, JAPENS, Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM, Bahagian Undang-Undang JAKIM dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Dalam mesyuarat tersebut Tuan Junaidi bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berkongsi maklumat dan pengalaman JKM dalam melaksanakan modul khidmat masyarakat di bawah seliaan JKM. Mesyuarat turut membincangkan hala tuju penyediaan Modul Khidmat Masyarakat bagi Pesalah Muda (Syariah). Selain itu, hukuman kepada pesalah syariah berbentuk punitif (denda, penjara dan sebatan) sahaja diubah kepada berbentuk rehabilitatif (pemulihan) yang lebih berkesan. Adalah diharapkan matlamat bagi membangunkan modul akan tercapai berkat kerjasama semua agensi terlibat.
 
modul pesalah muda 1
 
Sesi bergambar bersama semua ahli mesyuarat 
  
modul pesalah muda 3
 
Suasana semasa mesyuarat sedang berlangsung 
 
modul pesalah muda 2
 
Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM menyampaikan cenderahati
kepada Tuan Junaidi bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat