Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Khamis, 17 September 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur. Delegasi BPPPS JAKIM yang terdiri daripada 5 orang pegawai kanan telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS JAKIM.
 
Delegasi JAKIM disambut mesra oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, YBhg. Brig. Jeneral Dato’ Othman bin Haji Jamal, Mej. Jeneral Dato’ Haji Nawawi bin Daud berserta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM).
 
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini termasuklah bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara JAKIM dan ATM bagi membantu memperkasakan dan meningkatkan kompetensi serta kemahiran Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
 
 
mindef kl 2020 2
 
mindef kl 2020 3
 
mindef kl 2020 1
 
mindef kl 2020 8