Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya - 10 September 2020 (Khamis), JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, telah mengadakan Mesyuarat Semakan Keperluan Pengguna Aliran Kerja e-Jinayat Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs.. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, bertujuan untuk membincangkan Aliran Kerja e-Jinayat Selangor seterusnya mendapatkan pandangan dan ulasan ke arah penambahbaikan Sistem e-Jinayat Selangor.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, vendor sistem daripada syarikat Sands Consulting Sdn. Bhd., Tuan Ab Khawi bin Che Abdul Rahman, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) serta pegawai-pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.
 
ejinayat selangor