Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

BANGI, 23 hingga 25 April 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah mengadakan Makmal Penggubalan Dasar Dakwah Negara bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi.   

Makmal ini telah dihadiri oleh wakil daripada Bahagian-bahagian di JAKIM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Penerangan Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Hidayah Centre Foundation dan lain-lain NGO.

Objektif makmal ini dilaksanakan adalah bagi meneliti input semasa dan terkini gerak kerja dakwah yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan dan NGO-NGO Islam, menyemak dan membuat penambahbaikan Dasar Dakwah Negara sedia ada sejajar dengan konsep dan gagasan Rahmatan Lil ’Alamin serta merangka dan menggubal Dasar Dakwah Negara yang baharu bagi tujuan menyelaras gerak kerja dakwah di Malaysia.

Makmal yang berlangsung selama tiga (3) hari ini melibatkan perkongsian maklumat gerak kerja dakwah yang dilaksana di Agensi dan NGO. Para peserta telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan bagi sesi perbincangan dalam kumpulan mengenai isu-isu dakwah yang dihadapi serta merangka hala tuju, penyataan dasar, matlamat, objektif dan strategi Dasar Dakwah Negara. Pada hari terakhir, setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan diikuti perkongsian pendapat dan idea secara bersama. Bagi membantu menjayakan pelaksanaan makmal ini, Fasilitator dan Panel Pemikir juga telah dilantik daripada YADIM dan JAKIM sebagai pemudahcara semasa sesi perbincangan dan rumusan. Manakala, Jurulapor setiap kumpulan ditugaskan bagi mencatat segala isu dan cadangan Dasar Dakwah Negara yang baharu.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Halim bin Ahmad, Pengarah Kanan BDKI sekaligus menyampaikan cenderamata kepada Fasilitator, YBrs. Dr. Masitah binti Esa daripada YADIM.

IMG 20190430 WA0007

IMG 20190430 WA0008

IMG 20190430 WA0009

IMG 20190430 WA0010

IMG 20190430 WA0011

IMG 20190430 WA0012

IMG 20190430 WA0013

IMG 20190430 WA0014