Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:21

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU KESAHTARAFAN ANAK
________________________________________________________
 
1. Satu pertemuan bagi membincangkan isu anak tak sah taraf telah diadakan pada 21 Ogos 2017. Pertemuan ini telah dihadiri oleh Ashabus Samahah Mufti-Mufti Negeri Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan wakil Mufti Negeri Sarawak. Turut hadir wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Pertemuan ini telah diatur oleh Jakim untuk menzahirkan kesepakatan bersama dalam isu kesahtarafan anak.

2. Pertemuan ini telah sebulat suara bersetuju bahawa isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam/Pentadbiran Negeri-negeri yang antara lain memperuntukkan bahawa jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.

3. Peruntukan undang-undang ini juga adalah selaras dengan fatwa yang telah diwartakan di Negeri-negeri berkenaan dengan kesahtarafan anak dan juga pandangan hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-57 pada 10 Jun 2003.

Sekian
 

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
3 September 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11809861