jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
TITAH DYMM SULTAN JOHOR
___________________________________
 
1. Jakim amat menyanjung tinggi atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berkaitan dengan Jakim pada hari ini.
 
2. Justeru, saya selaku Ketua Pengarah Jakim dan YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan segera memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan Johor berkaitan isu Ustaz Zamihan Mat Zain pegawai kader Jakim di Penjara Kajang yang menyampaikan ceramah menyentuh tentang dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial.
 
Sekian
 
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
14 Oktober 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 November 2017.
Jumlah Pelawat :12151515