Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Kuala Lumpur, 10 September (Isnin) – Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H / 2018 dengan tema Menyantuni Umat Membawa Rahmat telah disambut dengan jayanya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Timbalan-timbalan Menteri, dan ketua-ketua jabatan. Majlis ini turut disertai oleh para jemputan seramai lebih 10 ribu orang termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
 
Majlis ini dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan diikuti dengan alunan selawat oleh Us Haji Tarmizi Ali. Kemuncak acara pada malam tersebut ialah penyampaian Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah 1440H Peringkat Kebangsaan. Pada tahun ini Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah dinobat sebagai Tokoh Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M atas jasa besar yang disumbangkan oleh beliau. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan untuk menyempurnakan penganugerahan yang berupa sekalung pingat, wang tunai RM100 ribu sumbangan Kerajaan Malaysia, wang tunai RM20 ribu sumbangan dari Yayasan Ubaidi dan sijil penghargaan dari Kerajaan Malaysia.
 
Maal Hijrah 2018 1
 
Maal Hijrah 2018 2
 
Maal Hijrah 2018 3
 
Maal Hijrah 2018 4
 
Maal Hijrah 2018 5
 
Maal Hijrah 2018 6
 
Maal Hijrah 2018 7
 
Maal Hijrah 2018 8
 
Maal Hijrah 2018 9
 
Maal Hijrah 2018 10
 
Maal Hijrah 2018 11