jata negara small
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
PEMERGIAN ALLAHYARHAM TAN SRI MUHAMMAD ALI BIN HASHIM
__________________________________________________________
 
Bismillahirrohmanirrohim
 
Saya mewakili warga Jakim melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergian Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Bin Hashim yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.
 
Negara kehilangan seorang tokoh yang telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan wakaf korporat di Malaysia. Peranan beliau sebagai Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp)
ternyata telah merancakkan perkembangan ekonomi Islam di Malaysia.
 
Allahyarham juga merupakan Ketua Kluster Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) yang telah mencurahkan idea-idea yang bernas terhadap kemajuan ekonomi umat Islam. Malahan beliau juga pernah menerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah Tahun 1428H/2007M Peringkat Kebangsaan.
 
Semoga keluarga beliau tabah dan sabar menghadapi ketentuan Ilahi dan saya doakan agar roh Allahyarham dilimpahi rahmat Illahi.
 
Sekian.
 
 
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
31 Oktober 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 November 2017.
Jumlah Pelawat :12151515