jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
HIMPUNAN PERDANA : SOLIDARITI SELAMATKAN BAITULMUQADDIS
_________________________________________________________
 
  1. Penganjuran Himpunan Perdana : Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis adalah merupakan lambang solidariti rakyat Malaysia secara aman bagi memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitulmuqaddis dijadikan sebagai ibu negara Israel.

  2. Justeru, Jakim menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Perdana : Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis pada 22 Disember 2017 jam 12.00 tgh hingga 3.00 petang di Masjid Putra, Putrajaya bagi menyemarakkan lagi semangat kita dalam memberi sokongan terhadap isu Baitulmuqaddis agar ianya terus kekal berada di bawah penguasaan umat Islam.

  3. Seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dijemput untuk bersolidari bersama YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri demi untuk mengembalikan hak eksklusif rakyat Palestin ke atas Baitulmuqaddis dan juga seluruh bumi Palestin.

  4. Semoga himpunan perdana ini akan berjaya menghasilkan impak yang besar kepada solidariti umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia terhadap isu Baitulmuqaddis dan Palestin.

Sekian
 
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
21 Disember 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Januari 2018.
Jumlah Pelawat :12162402