Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Seri Kembangan - 20 Muharram 1440H (30 September 2018), Bahagian Hab Halal, Jakim telah menyertai pameran sempena Halfest Giant 2018 yang telah diadakan pada 26 hingga 30 September di Pusat Pameran Mines (MIECC) Seri Kembangan. Ekspo halal yang telah memasuki edisi ke-7 ini telah dianjurkan oleh Shapers Malaysia Sdn Bhd (Shapers Malaysia), pengendali Pasaraya Besar Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GCH Retail).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Turut hadir ialah YBrs. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, Jakim.

Penglibatan Bahagian Hab Halal di dalam pameran ini adalah merupakan platform terbaik bagi menyampaikan maklumat serta perkembangan isu semasa mengenai Pensijilan Halal Malaysia kepada masyarakat.

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

HALFEST 2018 2 30092018

HALFEST 2018 1 30092018

HALFAST 2018 3 30092018

HALFEST 2018 4 30092018

HALFEST 2018 5 30092018