WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
PROGRAM "CLEAN & GREEN : RAHMAH FOR ALL”
__________________________________________________________
 
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan beberapa agensi yang berkaitan menganjurkan Program “Clean & Green : Rahmah For All" pada 19 Oktober 2019 (Sabtu) di Kampung Pulau Ketam, Klang, Selangor.
 
2. Program “Clean & Green : Rahmah For All" merupakan satu lagi inisiatif program Rahmah hasil cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Jawatankuasa Solidariti Keamanan (JASA Keamanan) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
3. Program ini berkonsepkan menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Program yang bersifat santai ini menonjolkan beberapa elemen kebersamaan dengan menekankan elemen kehormanian, perpaduan, kebersihan dan penjagaan kesihatan kendiri. Elemen ini menjadi asas dan tunjang kepada pelaksanaan program dan bertepatan dengan tiga teras utama pengurusan hal ehwal Islam yang digariskan oleh kerajaan hari ini iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.
 
4. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memupuk budaya toleransi dan berkasih sayang dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, agenda memelihara dan memulihara alam sekitar juga merupakan antara agenda utama dalam program ini. Ini kerana semua agama menyarankan penganutnya untuk mementingkan kebersihan dan menjaga alam sekitar. Persekitaran yang bersih dan alam sekitar yang tidak tercemar menjadi jaminan agar masyarakat yang tinggal di kawasan itu dapat menikmati suasana yang selesa dan kondusif.
 
5. Penganjuran program ini juga amat signifikan dengan Hari Alam Sekitar Negara yang jatuh pada 21 Oktober 2019 dan disambut di peringkat Kebangsaan pada 19 Oktober 2019 di Pudu Ulu, Kuala Lumpur. Selaku agensi penyelaras, JAKIM mengambil peluang ini untuk bersama-sama meraikan Hari Alam Sekitar melalui program ini.
 
6. Antara pengisian aktiviti bagi program ini adalah seperti berikut :
 
    i. Clean & Green
       Aktiviti ini memupuk semangat kerjasama dalam masyarakat setempat dengan pelaksanaan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan secara bersama. Antara cadangan aktiviti;
       ~ Membersihkan kawasan kampung
       ~ Mengutip sampah dan plastik di kawasan Pulau Ketam
 
    ii. Program Ziarah Rahmah dan Penyampaian Sumbangan
       Program ziarah ini bertujuan untuk mewujudkan satu jalinan mahabbah antara kaum di samping menyampaikan sumbangan.
 
7. Majlis perasmian program ”Clean & Green: Rahmah for All" oleh YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 19 September 2019 (Sabtu) jam 3.00 petang di Kampung Pulau Ketam, Klang, Selangor. YB Menteri turut menyertai aktiviti "Clean & Green" & Ziarah Rahmah bersama masyarakat di Pulau Ketam.
 
8. Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan penganjuran program ”Clean & Green: Rahmah for All” ini kepada masyarakat umum.
 
Sekian, terima kasih
 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
19 Oktober 2019
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353639