WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
jata
 

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

PELANTIKAN KETUA PENGARAH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) YANG BAHARU

 
 
1. Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM Gred Utama A yang baharu. Pelantikan beliau adalah bagi mengisi jawatan tersebut yang telah dikosongkan oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim yang telah bersara wajib pada 27 Disember 2019.
 
2. YBhg. Dato' Paimuzi bin Yahya sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam yang paling kanan di JAKIM. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985) dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran hal ehwal Islam apabila mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1986 dalam Skim Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah :
 
  1. Pengarah JAKIM Cawangan Sabah pada tahun 2005.
  2. Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada tahun 2008.
  3. Pengarah Darul Quran JAKIM pada tahun 2010.
  4. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tahun 2013.
  5. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 1 Mei 2017
 
3. Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam, kerajaan percaya bahawa beliau mampu menerus dan mempertingkatkan kecemerlangan JAKIM sebagai agensi agama persekutuan khususnya dalam menjayakan agenda Dasar Negara Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan masa kini.
 
4. Kerajaan juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, mantan Ketua Pengarah JAKIM atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam perkhidmatan awam khususnya sebagai Ketua Pengarah JAKIM sebelum ini. Didoakan beliau terus diberi kesihatan berterusan untuk memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian.

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

13 Januari 2020




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 01 Jun 2020.
Jumlah Pelawat :12414713