Carta Organisasi UKK 310821


CARTA FUNGSI

PENGURUSAN KOMUNIKASI STRATEGIK

PENGURUSAN HAL EHWAL KORPORAT & MEDIA

PENGURUSAN PELANGGAN DAN ADUAN

PENGURUSAN BERITA, BAHAN KREATIF DAN PENTADBIRAN

  1. Memantau dan menyelaras kandungan portal rasmi Jabatan;
  2. Menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, blog, portal dan lain-lain media atas talian;
  3. Mengurus dan menyelaras laman-laman media sosial rasmi Jabatan dan bahagian;
  4. Memantau komen dan notifikasi di media-media sosial berkaitan JAKIM dan hal Ehwal Islam;
  5. Memberikan amaran awal (early warning) terhadap sesuatu isu berkaitan Hal Ehwal Islam dengan serta merta apabila isu dikesan;
  6. Merancang kempen-kempen penyampaian info dan pemulihan persepsi melalui media sosial;
  7. Menyediakan modul dan kursus media sosial kepada pentadbir media sosial di bahagian-bahagian; dan
  8. Melaksanakan tugas pengurusan risiko & krisis mengikut Prosedur Amalan Standard (SOP) Pengurusan Krisis.
  1. Bertindak sebagai 'focal point' Jabatan dalam penyampaian dan penyaluran maklumat hal ehwal Islam di peringkat jabatan, nasional dan global;
  2. Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JAKIM;
  3. Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui stesen TV dan radio; bahan promosi seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan billboard; artikel untuk sisipan akhbar; teks ucapan; dan program penyampaian maklumat perkhidmatan JAKIM;
  4. Menguruskan perhubungan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media;
  5. Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan jabatan serta hal ehwal Islam;
  6. Membantu dan menyelaras kualiti pengurusan acara majlis rasmi Jabatan; dan
  7. Melaksanakan tugas pengurusan risiko & krisis mengikut Prosedur Amalan Standard (SOP) Pengurusan Krisis.
  1. Bertindak sebagai ‘focal point’ jabatan dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan JAKIM;
  2. Mengurus dan mengendalikan pengoperasian harian Kaunter One Stop Centre @ Islam;
  3. Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JAKIM melalui Laman Web, 1MOCC, surat, emel, telefon, faks dan sosial media untuk dilaporkan kepada Pengurusan Jabatan;
  4. Merancang dan melaksanakan program e-Pelanggan JAKIM (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya) dan pameran;
  5. Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan JAKIM secara tahunan;
  6. Mengumpulkan data-data penting berkaitan JAKIM bagi keperluan pegawai khidmat pelanggan;
  7. Mengurus dan mengendalikan sistem sebaran melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan emel pukal (Email Blasting) serta WhatsApp pukal (WhatsApp Blasting);
  8. Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam dan luar negara; dan
  9. Melaksanakan tugas pengurusan risiko & krisis mengikut Prosedur Amalan Standard (SOP) Pengurusan Krisis; dan
  1. Mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti, serta majlis rasmi Jabatan melalui penerbitan bahan cetakan brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
  2. Mengumpul dan memproses berita-berita dariapda portal berita online dan bercetak mengenai Jabatan dan Hal Ehwal Islam dan mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk makluman pengurusan tertinggi, warga Jabatan dan orang awam;
  3. Menyelaras & mendokumentasi teks ucapan KP JAKIM;
  4. Menyelaras khidmat juru gambar dan penulis berita Jabatan (wartawan);
  5. Memantau dan menguruskan kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di Kompleks Islam Putrajaya sentiasa dikemaskini;
  6. Mengendalikan urusan pentadbiran;
  7. Mengendalikan urusan kewangan dan belanjawan dan perolehan; dan
  8. Mengendalikan urusan perjawatan dan perkhidmatan staf.