Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:08 Asar : 4:15 Maghrib : 7:10 Isyak : 8:19

Ruj. Kami : Jakim (2.00)/8/3 Jld. 3 ( )
Tarikh : 9 Ogos 2010

 
jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Menjawab kepada kenyataan pengadu dalam ruangan Bersama Selebriti Berita Minggu
Bertarikh 8 Ogos 2010
“TIDAK PERLU BANYAK BIROKRASI LOGO HALAL
JAKIM PATUT UTAMA PEMILIK RESTORAN MUSLIM”
 


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan oleh pihak pengadu iaitu Puan Khatijah Ibrahim dalam ruangan Bersama Selebriti bagi Akhbar Berita Minggu bertarikh 8 Ogos 2010 dengan tajuk besarnya, “JAKIM PATUT UTAMA PEMILIK RESTORAN MUSLIM”.

2. Pihak JAKIM telah menyemak status permohonan yang dibangkitkan oleh Puan Khatijah Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan.

3. Hasil semakan mendapati pihak kami telah menerima permohonan secara online bertarikh 2 Julai 2009 dari pihak pemohon namun sehingga ke hari ini pihak pemohon tidak menghantar dokumen dan mengisi borang online secara lengkap iaitu dengan tidak memasukkan semua jenis ramuan yang digunakan.

4. Pihak JAKIM juga telah mengingatkan pemohon dengan menghantar surat peringatan bertarikh 6 Julai 2009 namun tiada maklumbalas yang diterima sehingga ke hari ini.

5. Sehubungan dengan itu, permohonan tersebut tidak dapat diproses dan bermula 1 Mei 2010 sebarang permohonan yang tidak lengkap dan tidak menghantar dokumen sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja akan ditolak secara automatik.

6. Jika pemohon masih berminat untuk memohon pensijilan halal, pemohon perlulah menghantar semula permohonan baru kepada Bahagian Hub Halal JAKIM.

7. Secara ringkas dimaklumkan bahawa beliau telah menghantar permohonan melalui sistem online e-Halal kali pertama pada 17 Ogos 2007. Permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana tiada sebarang dokumen sokongan dihantar dan permohonan tersebut telah ditolak pada 28 Ogos 2008.

8. Beliau telah membuat permohonan kali kedua pada 2 Julai 2009 melalui sistem online e-Halal. Pihak HDC telah memaklumkan bahawa permohonan tersebut tidak lengkap pada 6 Julai 2009 dan sistem telah menolak permohonan tersebut secara automatik pada 1 Mei 2010 setelah penambahbaikan system e-Halal yang dijalankan oleh JAKIM melalui khidmat kepakaran Pasukan Perunding ICT Sektor Awam (PPICTSA) MAMPU dan Business Re-ingeneering (BPR).

9.Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dan mengemaskini maklumat serta status permohonan dari semasa ke semasa melalui system e-Halal.

10. Oleh yang demikian dipohon agar pihak Berita Minggu dapat mengeluarkan kenyataan ini untuk makluman kepada masyarakat umum.

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

Haslizawati bte Ramli
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Hub Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 25 September 2018.
Jumlah Pelawat :12229138