Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR PERINGKAT ZON UTARA (PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS) TAHUN 2018M/ 1440H
 
28 - 30 Oktober 2018-Bertempat di Hotel Syuen Ipoh Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak JAIPk dengan kerjasama Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan Program Tafaqquh Fiddin Perdana Guru Takmir Zon Utara .
 
Bagi tafaqquh kali ini Perak menjadi tuan rumah di mana program ini tahun lalu telah berlangsung di Langkawi Kedah. Program ini juga melibatkan Pegawai Pegawai Takmir Negeri, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah PPMD, Pembantu Takmir dan 200 orang peserta dikalangan guru-guru takmir daripada Negeri Perak, Perlis,Pulau Pinang dan Kedah.
 
Slot slot Tafaqquh tersebut telah diisi dengan bacaan dan diskusi oleh Ybhg Ustaz Ahmad Fauwaz bin Dato Fadzil Nor yang mana Beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islam, dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa di Mesir. Beliau juga mempunyai ijazah ilmiah untuk mengajar kitab-kitab fiqh dan usul mazhab al-Syafi‘i yang diperoleh daripada ulama-ulama Mesir seperti Dr. Saad Jawish dan Syeikh Syaltut.Beliau berkemahiran dalam usul fiqah serta fiqah perubatan dan sebagainya. Beliau turut merupakan ahli Persatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau pernah menjawat sebagai Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan bekas Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi KUIN. Merupakan speaker jemputan JAKIM, menjadi salah seorang fasilatator untuk menyiapkan modul fatwa untuk JAKIM, panel penggubal fatwa JAKIM dan penggubal silibus kitab turath. Selain aktif dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia, beliau membentang lebih 20 kertas kerja di peringkat akademik, kebangsaan dan negeri serta menterjemah lebih 15 buah buku. Selain itu, beliau juga aktif menyampaikan ceramah di televisyen dan radio serta merupakan Kolumnis majalah Solusi, al-Ustaz dan Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Kini beliau bertugas di Telaga Biru Sdn.Bhd. sebagai konsultan syariah.
 
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Asmuni Awi Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.Antara petikan kata-kata YB Exco Tn Asmuni menyebut agar Guru Guru Takmir mengikut landasan Modul Pengajian Takmir yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM semasa mengajar. Beliau juga mengharapkan program-program lain seumpama ini diadakan selalu dan negeri Perak bersedia menjadi tuan rumah. Terlebih dahulu ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Ahmad Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Beliau mengucapkan terima kasih kepada negeri Perak khasnya Jabatan Agama Islam Perak dibawah Ybhg Dato' Haji Mohd Yusop Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak sentiasa memberikan komitmen tinggi serta sentiasa bekerjasama dalam setiap program JAKIM dinegeri. Selepas itu YB Exco menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil-wakil peserta Zon Utara dan di akhiri dengan sesi fotografi bersama peserta. Turut hadir sama,Ybhg Tn Hj Harith Fadzillah Hj Abd Halim Timbalan Pengarah JAIPk, Ybhg SS Al Fadil Us Zambri Hashim Timbalan Mufti Negeri Perak,Ybhg Tn Hj Jamali Adnan KPPK BKI JAKIM, Ketua Penolong Pengarah bahagian JAIPk,Pegawai Tadbir Agama Negeri Perak dan PPK.
 
Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk serta PPMD Negeri Perak telah mengurusetiakan program tahunan ini dengan pelbagai persiapan dan persediaan yang rapi demi menjayakan program 3 hari 2 malam itu. Turut membantu dari segi penyediaan kitab-kitab dan peralatan beg kepada peserta tafaqquh kali ini ialah unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Diakhir sesi penceramah telah mengijzahkan bacaan kitab tersebut kepada semua peserta.
 
TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR PERINGKAT ZON UTARA 1
 
TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR PERINGKAT ZON UTARA 2
 
TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR PERINGKAT ZON UTARA 3
 
TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR PERINGKAT ZON UTARA 4
 
TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR PERINGKAT ZON UTARA 5
 
 
Berita :
Mohd Shukor Abdillah bin Razali
PPMD Hilir Perak