jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
 
“PENGUMUMAN NAIK PANGKAT PEGAWAI JAKIM KEPADA JUSA PERKUKUH JABATAN”
 
 
1.  YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini, 10 November 2010 telah mengumumkan pelantikan baru dan kenaikan pangkat bagi 2 orang Timbalan Ketua Pengarah Jakim dan Pengarah Jakim yang menyandang Gred Jusa B dan Jusa C di penempatan Bahagian yang berbeza bagi mengukuhkan operasi JAKIM sesuai dengan peranan Jakim sebagai sebuah agensi agama di peringkat persekutuan. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh menteri di bilik menunggu VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum beliau berangkat menunaikan haji pada hari ini.
 
2.  Mereka yang diumumkan pada hari ini ialah Tuan Haji Othman bin Mustapha dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dengan Gred Jusa B manakala Tuan Hj Halid bin Sintol dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dengan Gred Jusa C Khas Untuk Penyandang (KUP).
3. Seterusnya, Tuan Haji Razali bin Shabudin dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Tuan Haji Mohamad bin Saari dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan Tuan Haji Anan C. Mohamad dilantik sebagai Pengarah Bahagian Dakwah. Kesemua pengarah bahagian ini ditempatkan di Bahagian berbeza dari sebelum ini sekaligus dinaikkan pangkat kepada Gred Jusa C.
 
4.  Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM; Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan semua yang terlibat dalam proses pengisian jawatan tersebut.
 
5.  Sehubungan itu, pihak Jabatan memohon jasa baik pihak media untuk mewar-warkan maklumat ini untuk makluman orang ramai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
ASIAH BINTI ALKHARIB SHAH
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
b/p: Ketua Pengarah"
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2018.
Jumlah Pelawat :12202175