Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
LAPORAN MESYUARAT SOM KE-43 DAN MABIMS KE-18 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS ke 43 pada 13 dan 14 November 2018 telah berlangsung di Negara Brunei Darussalam yang dihadiri oleh Ketua-Ketua SOM terdiri dari Republik Indonesia, Republik Singapura, Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah dan Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim Ketua Pengarah JAKIM selaku ketua delegasi.

Turut serta dalam delegasi ini Yang Berbahagia Dato’ Paimuzi bin Yahya (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM), Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin (Ketua Pengarah IKIM-selaku pembentang Kertas Tema), Tuan Haji Halim bin Ahmad (Pengarah Bahagian Kemajuan Islam), Encik Nik Mohd Ridzuan bin Nik Yaacob (Pengarah Bahagian Perhubungan) dan Encik Kamarulzaman bin Mustappa (Sekretariat MABIMS Malaysia).

Mesyuarat berlangsung selama 2 hari dengan dimulakan agenda pembentangan kertas tema bertajuk Islam Liberalisasi, Isu dan Cabaran serta Usaha Membendungnya – pengalaman negara anggota MABIMS. Turut dibentangkan laporang bidang kerjasama oleh negara-negara anggota mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2016-2018 berdasarkan pelan strategik MABIMS.

Selain daripada pembentangan kertas tema, Malaysia juga telah diberi peluang membentangkan kertas tambahan yang bertajuk “Melebar Risalah Menyantuni Ummah” dan telah diterima oleh semua negara anggota MABIMS. Hasil daripada pembentangan ini, dua konsep iaitu dakwah Mabimiah dan Islam Ramah (smiling MABIMS) diterapkan dalam pendekatan dakwah di negara-negara anggota MABIMS.

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) ke-18 pula telah berlangsung pada 15 November 2018.

Pada hari yang sama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim telah diundang dan dijemput mengadap DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah beserta para delegasi anggota MABIMS yang terdiri Menteri-menteri Agama dari Negara Tuan Rumah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Republik Indonesia Yang Terhormat Lukman Hakim Saifuddin, Republik Singapura Yang Berhormat Tuan Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad di Qashr Al-Meezan, Bandar Seri Begawan. Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Secara umumnya, Malaysia yang diketuai oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengambil bahagian dalam keseluruhan persidangan ini yang berbentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal negara anggota yang bersifat politik.
 
Mesyuarat SOM 43 1
 
Mesyuarat SOM 43 2
 
Mesyuarat SOM 43 3
 
Mesyuarat SOM 43 4
 
Mesyuarat SOM 43 5
 
Mesyuarat SOM 43 6
 
Mesyuarat SOM 43 7
 
Mesyuarat SOM 43 8
 
Mesyuarat SOM 43 9
 
Mesyuarat SOM 43 10
 
Mesyuarat SOM 43 11
 
Mesyuarat SOM 43 12
 
Mesyuarat SOM 43 13
 
Mesyuarat SOM 43 14