Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
PUTRAJAYA, 1 Mac 2019 – Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Datuk Seri Dr Ismail Bakar, buat julung kalinya mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Islam Putrajaya(KIP) bersempena Mesyuarat Pengurusan Pertama Jabatan Perdana Menteri(JPM) bagi tahun 2019 serta Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi JPM Tahun 2019 yang diadakan serentak hari ini.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh beliau berlangsung selama hampir dua jam di Dewan Syura, Blok A, KIP dan dihadiri lebih 80 orang Ketua Jabatan dan agensi di bawah JPM.
 
Datuk Seri Ismail Bakar sempat meluangkan masa selama 15 minit sebelum mesyuarat bermula untuk minum teh di Pejabat Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hj Mohamad Nordin Ibrahim. Turut serta pada sesi ringkasini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, YBhg. Datuk Seri Bhg. Mohd Zuki Bin Ali.
 
Di dalam sesi lawatan pagi tadi, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar telah dibawa ke Studio Bahagian Penyiaran JAKIM di Aras 1 Blok A, sebuah fasiliti penyiaran berteknologi tinggi bagi membolehkan JAKIM melebarkan usaha penyampaian dan dakwah melalui medium TV khususnya melalui saluran TV1 dan TV2 RTM.
 
JAKIM mempunyai waktu siaran di RTM selama 9 jam di TV1 dan 1jam di TV2 seminggu. Sementara pada setiap hari Khamis, Berita N5 di TV1 akan berlintas langsung dari Studio di KIP ini bagi mengikuti berita-berita semasa agensi Hal Ehwal Islam.
 
Antara rancangan dan siaran yang disiarkan atau melalui proses rakaman di dua studio JAKIM di KIP ini adalah MyHALAL, Fikrah, Tilawah Interaktif, Anda Musykil dan yang paling popular adalah Forum Perdana Ehwal Islam.
 
KSN juga turut mendengar taklimat mengenai KIP yang turut menempatkan Agensi-agensi Hal Ehwal Islam selain JAKIM antaranya Jabatan Wakaf Zakat dan Haji(JAWHAR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Pejabat Mufti Wilayah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya(JAWI Putrajaya), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya (MAIWP) serta Yayasan Waqaf Malaysia.
 
Selain itu, KIP turut mempunyai pusat kewangan Islam (Islamic Financial Services Centre (IFiC) dimana terdapatnya Kaunter Tabung Haji, Bank Islam dan Takaful.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Nordin Ibrahim ketika ditemubual melahirkan rasa syukur kerana JAKIM dipilih menjadi lokasi mesyuarat dan beliau menyatakan ini adalah bukti kerajaan komited dan memberikan perhatian mengenai Hal Ehwal Islam dalam pentadbiran hari ini.
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 1
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 2
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 3
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 4
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 5
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 6
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 7
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 8
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 9
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 10
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 11
 
KSN Melawat JAKIM Di KIP 12