jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN
 
BUKU LEE KUAN YEW YANG BERTAJUK LEE KUAN YEW: HARD TRUTHS TO KEEP SINGAPORE GOING
 
  1. Saya ingin memberi reaksi terhadap tulisan Lee Kuan Yew dalam buku terbaru beliau yang bertajuk, Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.
  2. Lee Kuan Yew sememangnya seorang negarawan yang hebat kerana berjaya memajukan Singapura. Malangnya dia kurang berjaya dalam membangunkan minda keseluruhan rakyat kerana masih terpengaruh denganlandskap 1960an yang penuh dengan prejudis dan prasangka terhadap penganut Islam.

 

Sudah tentu Lee Kuan Yew juga tidak tergamak merosakkan agenda dan pendekatan harmoni yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri Singapura sekarang.
 
Di samping itu, zaman menyimpan perasaan cemburu tidak berasas kepada negara jiran sudahpun berlalu dan tidak perlu dibangkitkan kerana zaman Lee Kuan Yew juga sudah menjadi sejarah. Sisa usia yang berbaki elok dimanfaatkan untuk mewujudkan rantau yang harmoni.
  1. Oleh itu, masih belum terlewat untuk Lee Kuan Yew meneliti perubahan semasa bahkan belajar dari keterbukaan anaknyaLee Hsien Loong; Perdana Menteri Singapura sekarang yang kelihatan lebih mesra dengan penganut Islam di Singapura. Beliau juga boleh merujuk pengalaman Malaysia dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mampu hidup dalam suasana saling menghormati.
Sekian, terima kasih.
 
 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2018.
Jumlah Pelawat :12202175