Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:51 Syuruk : 7:11 Zohor : 1:12 Asar : 4:35 Maghrib : 7:09 Isyak : 8:23

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)
BERKENAAN
 
BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan satu program “BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY” pada 11 FEB 2011(Jumaat). Majlis akan bermula pada  jam 8.00 malam bertempat di Aras5, Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.
 
“Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysiakali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”
 
Sehubungan itu, penganjuran bicarawara ini secara khusus akan membicarakan tajuk AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY. Bicarawara ini akan di moderator oleh selebriti Riben Merah  Majlis Aids Malaysia iaitu Saudara Fahrin Ahmad manakala 3 orang panel jemputan adalah Saudara Muhammad Asyraf bin Ridzuan; Juara Imam Muda Astro, Puan Rosmawati binti Zainal dari Pusat Raudhatus Sakinah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dari JAKIM. Kemuncak bagi program ini juga akan dilancarkan kempen anti Valentine’s Day.
 
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelajar IPTA/S dan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang adalah dijemput hadir.
 
Sekian, terima kasih.
 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
ASIAH BINTI ALKHARIB SHAH
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12249452