WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
LOGO JAKIM OUTLINE
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
PROGRAM SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW TAHUN 1442H/ 2020M

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa acara Sambutan Maulidur SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M adalah dibatalkan demi menjaga kemaslahatan rakyat dan membendung penularan pandemik Covid-19.
 
2. Justeru, bagi meneruskan usaha menyantuni masyarakat dalam memperingati detik bersejarah kelahiran Baginda Nabi SAW serta menghayati sirah dan sunahnya, Jabatan ini menzahirkan penghayatan tersebut dengan inisiatif norma baharu yang lebih santai melalui program SEMARAK CINTA RASUL. Berikut adalah pengisian yang telah disusun atur bagi program tersebut :-
 
2.1 RANCANGAN KHAS SEMARAK CINTA RASUL
Program yang diterbitkan oleh JAKIM ini akan disiarkan secara langsung di TV1 pada 28 Oktober 2020 (Rabu) jam 9.00 malam. Perinciannya seperti berikut :
 
  1. Bacaan al-Quran : Ustaz Ahmad Tirmizi Hj Ali - Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014
  2. Tayangan video khas Ibrah bertajuk "Muhammad"
  3. Tausiyah oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama
  4. Bual BicaraPanel : Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh (USIM) Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang (Pendakwah)Hos : Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud dan Puan Irma Hasmie Ibrahim
  5. Persembahan nasyid oleh Kumpulan Hijjaz dan Daqmie
  6. Pengumuman penerima Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul.
  7. Penzahiran Doa Khas bagi memohon keselamatan dan keamanan Malaysia dari pandemik Covid-19 khususnya dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
 
2.2 PROGRAM SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW TAHUN 1442H/2020 M Beberapa program sampingan lain yang turut diadakan sempena Maulidur Rasul SAW Tahun 1442 H / 2020 M seperti berikut:
  1. Rancangan Musical talkshow “Kasih Junjungan” Tarikh siaran adalah pada 29 Oktober 2020 (Khamis) jam 10.30 pagi di TV1.
  2. Forum Perdana Ehwal Islam (FPEI) Khas sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442 H / 2020 M. Tarikh siaran ialah 29 Oktober 2020 (Khamis) jam 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV1 dengan tema “Ummah Rabbani Negara Harmoni”. Moderator Ustaz Nabil bin Ahmad manakala panel terdiri daripada Ustaz Mohd Asyraf bin Mohd Ridzuan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Ustaz Elyas Ismail.
  3. Kapsul Maulidur Rasul SAW menampilkan enam (6) personaliti dakwah yang akan membicarakan tentang topik Kelahiran Rasul SAW, Sifat Mulia Rasul SAW, Cinta Rasul, Sunnah Rasul dalam kehidupan dan Hadith Nabi SAW. Kapsul akan disiarkan menerusi saluran 101 TV1 pada 29 Oktober 2020 (Khamis), 30 Oktober 2020 (Jumaat), 31 Oktober 2020 (Sabtu), 1 November 2020 (Ahad), 2 November 2020 (Isnin) dan 3 November 2020 (Selasa);
  4. Pertandingan Video Kreatif dengan kerjasama strategik Yayasan Taqwa MAIWP, berunsurkan nilai-nilai murni dan Rasulullah SAW sebagai suri teladan;
  5. Kempen Malaysia Berselawat di Media Sosial yang memberi peluang netizen menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dengan merakam selawat dan memuatnaik di media sosial, dengan hashtag #SemarakCintaRasul; dan
  6. Penerbitan Buletin Khas sempena Maulidur Rasul 1442H/ 2020M untuk edaran di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan dan turut boleh dimuat turun melalui portal JAKIM.
 
3. Sehubungan itu, dimohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan program ini.
 
Sekian.
 
DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Menjalankan Tugas
Ketua Pengarah JAKIM
10 Rabiulawal 1442H / 27 Oktober 2020M
 
 
 



QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480535