WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
 
LOGO JAKIM OUTLINE
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN KAFA (MTHQK) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Yayasan Islam Negeri (YIN), Yayasan Taqwa MAIWP dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bermula pada 2 hingga 4 Oktober 2020 (Jumaat - Ahad) di Hotel Geno, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Perasmian penutupan program ini akan disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program tahunan ini adalah merupakan kesinambungan dari pelaksanaan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK).
2. Objektif Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 ini adalah untuk membina keyakinan diri murid ke arah pembentukan kemenjadian murid yang seimbang dalam bidang akademik dan keperibadian diri, serta mengasah bakat dan potensi diri dalam menyertai program ini di samping membina kemahiran insaniah dalam kalangan murid.

Majlis ini dianjurkan dengan mengekalkan amalan pembudayaan norma baharu serta mematuhi SOP Covid-19 yang sedang berkuatkusa di negara ini.
3. Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 ini melibatkan peserta yang terdiri daripada murid tahun satu (1) sehingga murid tahun enam (6) yang mengikuti Pendidikan KAFA di Malaysia.
4. Kategori yang akan dipertandingkan dalam penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 adalah seperti berikut:
  1. Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki
  2. Tilawah Al-Quran Kategori Perempuan
  3. Hafazan Al-Quran Kategori Lelaki
  4. Hafazan Al-Quran Kategori Perempuan
5. Tahniah diucapkan kepada semua peserta Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 yang julung kalinya diadakan ini. Jutaan terima kasih kepada para penyumbang iaitu Yayasan Taqwa MAIWP dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang telah memberi sokongan padu kepada JAKIM.
6. Sehubungan itu, mohon kerjasama rakan media untuk membuat hebahan dan liputan sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran KAFA (MTQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 ini bermula pada 2 hingga 4 Oktober 2020 (Jumaat - Ahad) di Hotel Geno, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sekian, terima kasih
 
DATO’ PAIMUZI BIN YAHYA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
14 Safar 1442 H
2 Oktober 2020M
 
 



QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480535