LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

BACAAN YAASIN~DOA UNTUK MALAYSIA
DALAM FORUM PERDANA EHWAL ISLAM TV1 BERTARIKH 17 JUN 2021


Bil. 23/2021
  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca Yaasin dan berdoa bagi kesejahteraan negara dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam pada hari ini (Khamis), 17 Jun 2021, pukul 9.00 malam di saluran TV1.

  2. Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "COVID Itu Benar" akan bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam, bermula dengan bacaan surah Yaasin yang akan dipimpin oleh Tuan Haji Ustaz Ehsan Mohd. Hosni, Imam Besar Masjid Negara. Manakala Ahli Panel dan Moderator adalah seperti berikut:

 
Ahli Panel :

1) Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim,
    Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
   
2) Prof Madya Dr. Mohd Farid Ravid Abdullah
    Timbalan Rektor, KUIS

Moderator :

1) Ustaz Haji Zakaria Othman (JAKIM)
2) Ustaz Nabil Ahmad (JAKIM)

  1. Semoga usaha berterusan ini akan mendapat rahmat daripada Allah serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan wabak COVID-19 yang sedang melanda.

  2. JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton dan mengikuti kedua-dua program yang bermanfaat ini.

  3. Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.


Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN)
Ketua
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17 Jun 2021