Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah

Pasukan bola sepak JAKIM (JAKIM FC) kini berada di tempat pertama Kumpulan B dalam carta liga Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 2019. Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 28 Jun yang lalu, JAKIM FC menewaskan pasukan Kementerian Kewangan 1 – 0 hasil jaringan penyerangnya, Tuan Haji Dr. Zamihan merangkap Kapten pasukan. Selain Kementerian Kewangan dan JAKIM, Kumpulan B turut disertai pasukan dari MOTAC, ISN, MOT, MAKSAK, DOSM dan LPP. Sebanyak 16 pasukan dan dua kumpulan menyertai kejohanan pada kali ini.

Berdasarkan kepada komitmen dan semangat tinggi para pemain JAKIM FC, ramai pasukan membuat ramalan bahawa JAKIM FC mampu pergi jauh sehingga ke peringkat akhir kejohanan. JAKIM FC akan meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir pada 12 Julai 2019. Semoga JAKIM FC dapat meneruskan kecemerlangannya dan berjaya muncul juara edisi sulung Piala KPPA kali ini. Tahniah JAKIM FC.

WhatsApp Image 2019 07 01 at 16.01.27

 

WhatsApp Image 2019 07 01 at 16.01.27 1

 

WhatsApp Image 2019 07 01 at 16.01.27 2