Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 22 Jun 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada pegawai-pegawai JAKIM yang ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi berkongsi input mengenai tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah. Sesi Libat Urus ini dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi googlemeet.

Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Puan Nor Safina binti Zainal telah mengendalikan sesi ini yang bertajuk Konsep Dan Kepentingan Maqasid Syariah Dalam Pengurusan bermula jam 10.45 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi ini adalah merupakan salah satu slot daripada Program Tafaqquh Fiddin yang dianjurkan oleh pihak JKM yang dihadiri oleh seramai 42 orang pegawai-pegawi JAKIM bagi penempatan di JKM seluruh Malaysia gred 19 – 44. Turut hadir dalam sesi Libat Urus ini ialah Encik Shaballah bin Zainal Abidin Pengarah Bahagian Warga Emas JKM. Sesi Libat Urus ini berjalan dengan lancar dengan penglibatan yang aktif secara dua hala dari para peserta.

Diharapkan sesi Libat Urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi dan program khususnya di cawangan masing-masing dan umumnya di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berpandukan kerangka strategik Maqasid Syariah

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Pegawai JAKIM di JKM 1

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Pegawai JAKIM di JKM 2

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Pegawai JAKIM di JKM 3

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Pegawai JAKIM di JKM 4

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Pegawai JAKIM di JKM 5

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Pegawai JAKIM di JKM 6