Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

Jakim logo white small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
ISU VALET DOA
 

1.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ingin memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

2.  Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada. Doa perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.

3.  Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

4. Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.
 
 
TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
15 FEBRUARI 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10919382