Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:04 Zohor : 13:14 Asar : 16:29 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

Jakim logo white small
 
PERUTUSAN TAKZIAH
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
ATAS PEMERGIAN SAHIBUSSAMAHAH MANTAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
__________________________________________________________________________
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
 
Saya bersama seluruh warga Jakim merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Tuan Guru yang kami sayangi Sahibussamahah Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Almarhum Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad. Sesungguhnya Jakim juga mendoakan kepada seluruh ahli keluarga Almarhum moga tabah,  kuat dan sabar menghadapi kehilangan orang yang tersayang. 
 
Jakim juga turut merasai kehilangan ini dan mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kehilangan seorang permata Ummah yang sangat dihormati dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat.
 
Almarhum yang sepanjang hayatnya telah menginfakkan komitmen yang sangat luar biasa dalam agama ini sehingga menerajui Institusi Mufti Negeri dengan cemerlang. Buktinya, kini kita sedang mengenang beliau dengan segala bentuk kebaikan dan curahan ilmu dari almarhum.
 
Jakim mendoakan semoga Almarhum diberikan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan  bersama orang-orang yang soleh dan bertaqwa.
 
Sekian
 
 
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha
15 Jamadil Akhir 1438H / 14 Mac 2017M
Kompleks Islam Putrajaya
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 25 April 2017.
Jumlah Pelawat :10718694