Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

23 Ogos 2016 : (Banting) Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. Matlamat diadakan peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan serta dapat beramal dengan cara hidup Islam yang sebenar.

Sehubungan itu, KAFA Integriti Taman Kemuning, Banting dengan kerjasama Seksyen Pengurusan KAFA, Bahagian Kemajuan Islam (BKI), JAKIM telah melaksanakan Program Motivasi kepada murid KAFA yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun 2016 ini.

Program ini melibatkan hampir seramai 130 orang murid daripada KAFA Integrasi Taman Kemuning, Banting. Ceramah yang bertajuk, “Bersediakah Aku?” telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM. Selain itu, aktiviti berbentuk rangsangan juga dilaksanakan bagi memberi semangat dan motivasi kepada murid sepanjang program tersebut berlangsung.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang positif kepada murid KAFA Integriti Taman Kemuning, Banting dalam mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

 

IMG 20160825 WA0012

 

IMG 20160825 WA0007

 

IMG 20160825 WA0006

 

IMG 20160824 WA0008

 

IMG 20160824 WA0021