jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
TUDUHAN TERHADAP JAKIM BERKAITAN KELULUSAN MENGADAKAN KONSERT ARTIS LUAR NEGARA
________________________________________________________________________________________
 
Susulan laporan Malay Mail Online bertarikh 30 April 2017, 04:21 PM yang bertajuk  "Azmin tidak tahu, Jakim luluskan konsert Selena Gomez", selaku Ketua Pengarah Jakim saya dengan ini menafikan kenyataan YAB Menteri Besar Selangor tersebut.
 
Ini adalah kerana kelulusan persembahan seperti konsert dan sebagainya bukan di bawah bidang kuasa Jakim.
 
Tuduhan sebegini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelaras dalam pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. Justeru, saya memohon kerjasama pihak yang berkaitan agar dapat merujuk terlebih dahulu kepada pihak Jakim sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim.
 
Sekian.
 
 
TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
01 MEI 2017

 

 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 November 2017.
Jumlah Pelawat :12151517