Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

 

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (MAPIK yang julung-julung kalinya telah mengadakan Kursus Profesionalisme Imam Kemboja pada 24 hingga 27 Oktober di Hotel Mekong View Tower , Phnom Penh, Kemboja. Kursus ini dihadir seramai 50 orang imam masjid yang dipilih dari seluruh Kemboja. Program ini merupakan latihan bantuan teknikal yang berkaitan dengan pembangunan imam dan pengurusan masjid di Kemboja.

Pengendalian kursus ini diketuai oleh Datuk Haji Abdul Manaf bin Mat, Imam Besar Masjid Putra. Antara objektif kursus ini ialah:

  1. Memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta berkaitan dengan pembangunan imam dan pengurusan masjid di Malaysia.
  2. Memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta berkaitan solat jemaah, tahap bacaan solat yang sempurna dan penyampaian khutbah berkesan.
  3. Melahirkan barisan imam yang berwibawa dan berketrampilan selaku pemimpin masyarakat di barisan hadapan.
  4. Mewujudkan pengurusan dan pengimarahan masjid yang berkualiti di Kemboja

Sepanjang kursus tersebut, para peserta telah didedahkan beberapa pengisian yang telah disampaikan oleh penceramah dan fasilitator dari JAKIM. Antara pengisian dalam kursus ini:

  1. Tatacara Profesion Imam :

           Datuk Haji Abdul Manaf bin Mat, Imam Besar Masjid Putra

  1. Solat Jemaah : Hukum Hakam Berkaitan Imam dan Makmum:

          Ustaz Haji Abdul Rahman bin Abd Hamid, Imam Masjid Saidina Umar Al Khatab, Damansara.

  1. Tahsin Bacaan Solat :

          Ustaz Haji Amru Al Haz bin Adnan, Imam Masjid Negara

  1. Penyampaian Khutbah Berkesan:

          Ustaz Hj Ahmad Rijal bin Ghazali, Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

  1. Standard Penarafan Masjid Malaysia : Satu Perkongsian Pengalaman di Malaysia: Ustaz Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM

Sepanjang kursus ini juga para peserta telah mengikuti latihan praktikal berkaitan bacaan secara bertalaqi dan penyampaian khutbah yang dibimbing oleh fasilitator yang dilantik oleh pihak JAKIM. Kursus ini mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan peserta yang merupakan imam-imam yang berpotensi untuk cemerlang pada masa akan datang.

Perasmian penutup kursus ini telah sempurnakan oleh H.E Oknha Datuk Othsman bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Presiden Pembangunan Umat Islam Kemboja. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa peranan imam perlu ditingkatkan khususnya di Kemboja agar ianya boleh setanding dengan imam-imam dari negara lain. Imam bukan hanya imam solat sahaja tetapi ia boleh menjadi pemimpin dalam masyarakat, mampu mentadbir, mampu mengurus dan menguasai pelbagai bidang ilmu selari dengan perkembangan semasa. Beliau juga mengharapkan agar program seperti ini akan dapat diadakan pada masa akan datang bagi perkongsian ilmu dan pengalaman dari Malaysia.

 

ik6

 

ik9

 

ik1

 

ik2

 

ik11

 

ik12 copy

 

ik14

 

ik16

 

ik15

 

ik17