Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Pengurusan Masjid 2017 bagi semua Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) seluruh Malaysia. Kursus ini diadakan di 3 Zon iaitu Zon Semenanjung pada 11 hingga 13 Julai 2017 di Cherengin Hills & SPA Resort Janda Baik Pahang, Zon Sabah pada 17 hingga 19 Julai 2017 di Pusat Latihan Islam Kundasang Sabah dan Zon Sarawak pada 25 hingga 27 Julai 2017 di Damai Beach Resort, Kuching Sarawak.

Perasmian Kursus Kejurulatihan bagi PPMD Semenanjung telah disempurnakan oleh Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang turut dihadiri oleh Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam.

Manakala Kursus Kejurulatihan PPMD Sabah dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah dan Kursus Kejurulatihan PPMD di Sarawak dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kemajuan Islam, Jakim.

Antara objektif program ini ialah:

  1. Meningkatkan tahap kecekapan yang melibatkan pengurusan masjid kepada para peserta dalam kepimpinan, berinteraksi, berkongsi pandangan dan pengalaman bagi menambah baik tadbir urus pengimarahan masjid yang boleh mencakupi semua keperluan masyarakat.
  2. Untuk mendedahkan para peserta kursus kepada pengetahuan dan maklumat yang lebih luas mengenai isu-isu semasa yang ada kaitan dengan perlaksanaan program terutama isu-isu yang membelenggu umat Islam pada waktu ini.
  3. Meningkatkan daya motivasi diri, tahap kerja secara berkumpulan dan mewujudkan semangat kerjasama dan silatulrahim antara satu sama lain dalam membantu pihak JAKIM di peringkat ibu pejabat.
  4. Memberi pendedahan dan inovasi dalam meningkatkan pengurusan dan pengimarahan masjid dan surau dengan mengamalkan kaedah pengurusan yang berkesan dalam perancangan dan setiap aktiviti yang dijalankan
  5. Meningkatkan tahap profesionalisme Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) selaras dengan tugas sebagai duta JAKIM di peringkat daerah dan negeri yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas sejajar dengan era globalisasi sekarang.

Sepanjang program ini para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian antaranya:

  • Kepimpinan Dalam Pengurusan Organisasi
         Oleh : Prof Madya Dr Mohd Aderi bin Che Noh
         Timbalan Pengarah, Pusat Transformasi Komuniti Universiti UKM
 
  • Ceramah Motivasi : Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul
         Oleh : Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi
         Perunding Fitrah Perkasa Sdn Bhd
 
  • Peranan Pegawai Takmir dan PPMD di Malaysia
         Cabaran, Realiti dan Harapan
         Oleh : Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail
         Ketua Penolong Pengarah Kanan BKI JAKIM
 
  • Pemantauan Program Takmir & Latih Amal Penggunaan Instrumen Takmir
         Oleh : Prof Madya Dr Mohd Aderi bin Che Noh
         Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti UKM
 
  • Program Team Building
         Oleh : Prof Madya Dr Taib bin Harun
         Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sukan, UKM
 
  • Latih Amal Penyampaian Tazkirah/Kuliah Agama
         Oleh : Tuan Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin
         Penolong Pengarah (PPMD & Takmir), BKI JAKIM
 
 
 
KURSUS KEJURULATIHANN PENGURUSAN MASJID SEMENANJUNG
 
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP JANDA BAIK
 
KURSUS KEJURULATIHANN PENGURUSAN MASJID SARAWAK
 
 
ICE BREAKING
 
 
 
SLOT CERAMAH
 
AKTIVITI SENAMAN 2
 
AKTIVITI KUMPULAN 2
 
AKTIVITI KUMP 1
 
AKTIVITI SENAMAN 1
 
KURSUS KEJURULATIHANN PENGURUSAN MASJID SABAH