Memperkaya Pengalaman Di Negara Brunei Darussalam
Negara Brunei Darussalam memiliki pengurusan hal ehwal islam dan pengurusan masjid yang mantap. Justeru, Yadim Zon Sabah dengan kerjasama Jakim Cawangan Sabah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke Negara berkenaan bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2012 yang lepas.
Seramai 28 orang peserta telah mengikuti lawatan ini yang diketuai oleh Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Zon Sabah, Pegawai YADIM Zon Sabah, Pegawai Jakim Sabah, Pegawai JHEAINS, Pengerusi-Pengerusi Masjid terpilih di Sabah dan Pengurus Rumah Anak-Anak Yatim Sabah.
Lawatan ini diyakini menjadi satu pendekatan berkesan untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman peserta disamping memberi peluang kepada peserta meninjau keindahan negara jiran dalam suasana silaturrahim yang telah sekian lama wujud.
Antara tempat yang dikunjung ialah Masjid Sultan Omar Ali Shaifudin, Institut Tahfiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah. Peserta turut berkesempatan untuk menyertai acara Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Lambak Kanan, Bandar Seri Begawan yang penuh dengan kemeriahan dan keunikan.
Hasil dari lawatan tersebut, Tuan Haji Samin Ongki menyeru peserta yang terlibat untuk sama-sama mengambil pengalaman serta sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan masyarakat Islam khususnya di bumi Sabah.

Acara Dikir Maulud di Masjid Lambak Kanan

Institut Tahfiz Al-Quran Haji Hassanal Bolkiah turut memberikan pendidikan Al-Quran untuk golongan orang kurang upaya

Kayu yang bertukar menjadi batu di anggarkan berusia jutaan tahun

Lawatan di kelas Institut tahfiz Al-Quran Haji Hassanal Bolkiah

Peserta bergambar kenangan di depan Masjid Omar Ali Shaifudin

Salah seorang peserta menerima cenderahati dari Institut Tahfiz Al-Quran

Taklimat dari Pegawai Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Taklimat dari Tuan Haji Amir Hisham Bin Masri Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Brunei
Groups:
- Hits : 687




