Mencari Nur Ramadhan....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
 
JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Program Tadarus Perdana pada 11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Program ini bermula pukul 2.30 petang hingga pukul 6.00 petang dan telah dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Putra Ustaz Haji Abd. Manaf bin Haji Mat. Selepas berbuka, program diteruskan dengan solat tarawih dan diakhiri dengan moreh serta penyampaian cenderahati.
 
Peserta program keseluruhannya seramai 62 orang yang terdiri daripada Orang Kena Pengawasan Dadah (OKP) AADK, Remaja Kes Juvana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rumah Perlindungan Penawar Puncak Alam dan Kumpulan Maknyah yang telah insaf. Seramai 20 orang pelajar Darul Quran dijemput sebagai fasilitator bagi program ini.
 
Objektif program ini memberi peluang kepada peserta iaitu golongan sasar untuk menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dengan cara mendekatkan mereka pada masjid serta bertadarus Al-Quran.
 
Program ini telah dihadiri oleh wakil dari Majlis AIDS Malaysia (MAC), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
 
Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa’id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peserta-peserta Bertadarus
 
 
 
Ucapan Alu-aluan oleh Ustaz Zakuan bin Sawai Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM
 
 
Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Abd. Manaf bin Haji Mat, Imam Besar Masjid Putra
 
 
Tazkirah oleh Ustaz Jasni bin Che Ali, Imam Masjid Putra
 
 
 
Para Peserta Mendengar Tazkirah Sambil Menunggu Waktu Berbuka
 
 
 
 
 
 
Penyampaian Cenderahati Kepada Peserta Tadarus
 
 
Bergambar Kenang-kenangan
 
 
 
 
Tarikh: 
Aug 11, 2012