Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:59 Zohor : 1:02 Asar : 4:24 Maghrib : 6:59 Isyak : 8:12

Datuk Nordin
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhamad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
 
Sayugia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah merupakan sebuah agensi agama yang menjadi peneraju kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan. Jakim akan sentiasa :-
  • Memastikan kedaulatan Islam terus terpelihara, berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan;
  • Memastikan manhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah akan terus mengakar kuat, dalam pemikiran, hati dan sanubari umat Islam, dari segi akidah, syariah dan akhlak, dan dibudayakan dalam masyarakat;
  • Memastikan arahan-arahan yang terkandung dalam Peraturan MKI, iaitu Jakim sebagai penyelaras pengurusan hal ehwal Islam antara negeri-negeri, akan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur , atas semangat kebersamaan dan setiakawan yang lebih akrab;
  • Menyuburkan lagi risalah dakwah Islamiah, dengan meraikan nilai-nilai tradisi, dan memanfaatkan kemajuan teknologi terkini; dan
  • Mempertingkat keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan Jakim sebagai agensi pusat pengurusan Islam, yang terus dihormati dan kewujudannya sangat diperlukan oleh pelbagai pihak, sama ada dalam dan luar negara.
Justeru, pembangunan portal Jakim ini adalah juga salah satu usaha Jakim ke arah memantapkan pengurusan hal ehwal Islam di samping dapat menyebarkan ilmu dan maklumat tentang Islam yang terkini dan pantas kepada masyarakat.
 
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kerana anda telah memilih untuk melayari portal Jakim sebagai sumber maklumat yang soheh dan tepat mengenai pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
 
Sekian
 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

MELEBAR RISALAH, MENYANTUNI UMMAH
 
DATUK HAJI MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 November 2018.
Jumlah Pelawat :12243058