WACANA INDEKS SYARIAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA

Wacana ISM Melaka 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Waca Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Melaka pada 9 Jun 2016. Wacana yang diadakan di Auditorium, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ir. Idris Haron, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir YBhg Dato' Haji Razali Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim mewakili Ketua Pengarah Jakim.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjeleasan dan penerangan Indeks Syariah Malaysia ke negeri-negeri bagi memberi penjelasan mengenai Indeks Syariah Malaysia dan pelaksanaannya di Malaysia. Seramai 400 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pensyarah dan Pegawai-Pegawai Agama seluruh Negeri Melaka. 

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Parameter Maqasid Syariah dalam Urus Tadbir Negara" yang disampaikan oleh Dr Ahmad Wifaq Mokhtar (Ahli Panel Pakar Indeks Syariah dan juga Pensyarah Kanan USIM), "Aplikasi Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara" oleh Prof Madya Dr Arieff Rosman Salleh (Ketua Penyelidik Bidang Budaya Indeks Syariah Malaysia dan Pensyarah Kanan UTM) dan "Indeks Syariah Malaysia : Satu Pengenalan" oleh Ustazah Nor Safina Zainal (Ketua Unit ISM, Jakim).

Ketua Menteri berkata, indeks ini juga bersesuaian dengan kedudukan Melaka sebagai sebuah negeri yang telah lama mengamalkan nilai keadilan, kesejagatan bahkan kerajaan Islam terbesar di kepulauan Melayu pada suatu ketika dahulu.

"Saya menyambut baik pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia untuk diaplikasikan di negeri Melaka kerana nilai kesejagatan yang ada pada Maqasid Syariah memelihara keperluan asas manusia iaitu agama, nyawa, harta, keturunan dan akal menjadi fokus utama di negeri Melaka. Tiada sebab untuk rakyat berbilang bangsa menolak hasrat murni ini untuk mensejahterakan negeri dan negara", katanya.

Pada program ini turur diserahkan Kit Indeks Syariah Malaysia disampaikan oleh Dato' Haji Razali Shahabuddin kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang mengandungi pamplet, buku dan profil korporat Indeks Syariah Malaysia. 

 

Wacana ISM Melaka

 

wacana ism 2

 

Wacana ISM Melaka 3

 

Wacana ISM Melaka 4

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mei 2018.
Jumlah Pelawat :12194226