Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:20 Asar : 16:35 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:37

yb mejar jeneral dato seri jamil khir baharom small
 
Assalamualaikum.
 
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
 
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan dan usaha berterusan yang dilakukan dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Adalah diharapkan semoga usaha murni ini dapat menjana kejayaan yang lebih besar kepada umat Islam dalam usaha penyebaran dakwah Islamiah di era teknologi maklumat ini.
 
Laman web ini sewajarnya dapat menambahkan lagi sumber rujukan kepada maklumat-maklumat yang tepat dalam usaha menangani permasalahan masa kini yang melanda umat Islam khasnya dan dunia amnya. Dengan kata lain laman web diharapkan akan menjadi sebuah “portal” Islam untuk memenuhi keperluan umat Islam dan juga untuk menonjolkan model Islam yang sebenarnya.
 
Akhir kata,dengan usaha pembangunan laman web ini akan dapat meninggikan martabat Islam dan sekaligus menangkis salah faham di kalangan umat Islam.
 
 
Sekian,wassalam.

 
 
YB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11514722