Portal e-Muamalat memuatkan perbahasan fiqh muamalat sebagai rujukan berautoriti bagi umat Islam khususnya yang melibatkan penentuan hukum-hakam dalam bidang kewangan, kontrak, perniagaan dan sebagainya.

Perkataan “muamalat’’ merujuk kepada urusan kehidupan manusia yang berkaitan dengan kegiatan harian dalam semua bidang meliputi akad, iltizam dan tasarruf yang membawa kesan pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat secara bersama berdasarkan kerelaan dan kepuasan.

Justeru, pengisian Portal e-Muamalat adalah menjurus kepada aktiviti-aktiviti menjana dan memperkasakan sistem ekonomi Islam secara mapan dan bersepadu selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang meliputi transaksi-transaksi seperti jual beli, sewa, gadaian, hutang, upah serta instrumen kewangan seperti sukuk dan sebagainya.