Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam di hari kedua Ketua Pengarah, Jakim

 
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KALENDAR ISLAM 2011
 
Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah berlangsung di Dewan Syura Utama, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim ini turut melibatkan beberapa ahli akademik dan Agensi Kerajaan yang merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengesahkan analisis data bagi penetapan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah bagi tahun 1432 hijriah selaras dengan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya Puasa 1991 yang menggunapakai Kriteria Imkanur-rukyah. Mesyuarat juga memberi tumpuan kepada  semakan Takwim 2013/1434-1435 hijriah dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun tersebut.
 
Dalam mesyuarat ini juga beberapa kertas kerja turut  dibincangkan bagi mendapat persetujuan dan kata sepakat sebelum ianya dibentang dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan seterusnya ke peringkat MABIMS mengikut keperluan semasa. Antara tajuk kertas kerja yang dibincangkan ialah:
  1. Laporan Kajian Cerapan Hilal, Kecerahan Langit dan Pembiasan Cahaya di Ufuk.
  2. Rekod Kenampakan Hilal Termuda Dengan Rakaman Kamera Digital.
  3. Waktu Solat Setempat: Satu Pemurnian Kepada Waktu Solat Berasaskan Zon. 

 

Tarikh: 
Apr 28, 2011