Mesyuarat Majlis Universiti Islam Malaysia (UIM) Bil. 1

Pada 3 Jun 2011M (Jumaat) bersamaan 1 Rejab 1432H bertempat di Bilik Conference Al-Shafi’I, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya telah diadakan Mesyuarat Majlis Universiti Islam Malaysia (UIM) Bil. 1 yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Kolej Islam Malaya. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
 
 
Dalam ucapan aluan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, beliau menyatakan mesyuarat yang diadakan ini adalah penuh sejarah setelah Kolej Islam Malaya ditawakkufkan operasinya pada tahun 1970. Justeru beliau berharap ahli baru yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja. Mesyuarat telah dihadiri oleh ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan wakil negeri-negeri seramai 41 orang termasuk wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pegawai-pegawai kanan JAKIM.