Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, us. Hashim bin salleh serta rombongan telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS), Pengerusi Majlis Guru Besar Negeri Sabah (MGB) dan jawatankuasa MGB Daerah Putatan pada 14 sept 2020 (isnin) lepas. Tujuan kunjung hormat diadakan bagi membincangkan hal ehwal berkaitan pengurusan KAFA dinegeri Sabah serta menyelaraskan beberapa isu yang timbul. Hasil pertemuan bersama kedua-dua pihak mendapat maklum balas yang positif dalam menyelaras dan menambahbaik pengurusan KAFA di negeri Sabah.
Bahagian Pendidikan
JAKIM