Kurator Berita : Darul Quran
28 September 2021 - Sesi perbincangan susulan antara Darul Quran JAKIM dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan bagi cadangan mewujudkan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Rektor UiTM Kelantan, Prof. Madya Dr. Haji Zulkifli Mohamed P.S.K. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Sesi kali ini melibatkan perbincangan yang lebih serius selepas pihak UiTM mengadakan perbincangan kali pertama dengan Darul Quran pada bulan Mac 2021. Antara perkara yang dibahaskan ialah berkenaan model atau bentuk pengajian serta dasar-dasar kerjasama yang telah ditetapkan oleh Darul Quran. Turut dibincangkan ialah berkenaan kos, lokaliti dan syarat-syarat kelayakan pelajar serta pensyarah.

Sesi ditangguhkan selepas para ahli berbincang selama hampir satu jam. Dalam usaha mewujudkan proses kerjasama ini, masih terdapat langkah-langkah seterusnya yang perlu diperhalusi antara kedua institusi. Semoga usaha ini berjaya mencapai objektifnya.

Perbincangan Bersama UiTM Kampus Machang 1

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=475