Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 6 Oktober 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Sistem MyeHalal secara dalam talian yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 5 dan 6 Oktober 2021 bersamaan 28 dan 29 Safar 1443H . Kursus ini dijalankan secara dalam talian melalui platform zoom dan dihadiri seramai 36 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (Gred 29 dan ke atas), Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan sistem e-halal dalam pensijilan halal Malaysia. Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan system MyeHalal. Antara slot-slot yang dibincangkan ialah Pengenalan Sistem MYeHalal, Permohonan Pensijilan Halal, Audit Kecukupan dan Pemantauan.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dikendalikan oleh tiga (3) penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Puan Rafidah binti Mohd Sanuri, Pegawai Teknologi Maklumat JAKIM; Puan Siti Ayisah binti Surif; dan Encik Mohamed Reza bin Hussain dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta mengenai sistem e-Halal dalam pensijilan halal Malaysia, bahkan dapat melahirkan Pegawai Halal yang kompeten dalam Pengurusan Halal.

Kursus Sistem MyeHalal 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/891-kursus-sistem-myehalal