Kurator Berita : Darul Quran
7 Oktober 2021 – Pada jam 5.30 petang hari ini, kira-kira jam 1.30 petang waktu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah diadakan perbincangan antara pihak Al Qasimia University (AQU) bersama Darul Quran. Pihak AQU diketuai oleh Associate Professor Dr. Abd Alkareem Othman, Acting Dean of the College sementara di pihak DQ pula telah diketuai oleh Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.

Sesi perbincangan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan awal antara pihak Darul Quran dengan pihak Al Qasimia University (AQU) dalam usaha untuk mengadakan kerjasama akademik antara kedua belah pihak pada masa akan datang.

Darul Quran turut mengambil kesempatan memperkenalkan institusi ini serta program-program pengajian yang dijalankan melalui pembentangkan slaid oleh Ustaz Abada Tawfik Al-Bahnasy, Pegawai Perhubungan Antarabangsa.

Turut serta dalam sesi perbincangan ini ialah Ustaz Ahmad Darul Akmal Mohamed Ali, Konsul Muda Pendidikan Education Malaysia UAE di samping empat orang pegawai dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM, Ustaz Hanifuddin Roslan, Ustaz Jafri Abdullah, Salina Salleh serta Haji Mohd Roska Mohamed Rasidek.

Diharapkan sesi perbincangan kali ini bukanlah pertemuan yang terakhir. Semoga akan ada lagi perbincangan-perbincangan yang selanjutnya selepas dari sesi hari ini dalam usaha mewujudkan kerjasama akademik yang lebih serius antara kedua institusi.

Sesi Perbincangan Bersama Al Qasimia University UAE 1

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=477