Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 12 Oktober 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Webinar Diskusi Maqasid Syariah & Tadbir Urus Negara dengan tema “Merealisasikan Model Keluarga Malaysia Mengikut Kerangka Maqasid Syariah”.

Webinar yang bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Bin Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam Ucaptama Perasmiannya beliau menegaskan bahawa “kita perlu mengorak langkah merealisasikan Model Keluarga Malaysia mengikut prinsip Maqasid Syariah. Oleh itu, kita perlu mendalami dan menghayati konsep ini dan menterjemahkannya dalam naratif Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.” Majlis Ucaptama dan Perasmian Webinar ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM dan YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Sebanyak tiga (3) sesi pembentangan telah berlangsung iaitu Slot 1 bertajuk ‘Aplikasi Fiqh Ta’ayush Dalam Membina Keharmonian Kemajmukan Keluarga Malaysia’ disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arief Salleh bin Rosman, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM. Manakala slot 2 bertajuk ‘Kepelbagaian dan Kesatuan Keluarga Malaysia Menurut Perspektif Pemikiran Islam’ disampaikan oleh YBhg. Dr. Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (SYARAK) IKIM. Slot 3 pula disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM yang bertajuk ‘Aplikasi Tadbir Urus Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah’.

Seramai 260 orang peserta daripada 15 Kementerian, 9 Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), 5 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), 14 Agensi YB Menteri (Agama) dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghadiri Webinar ini yang juga telah disambung siar melalui laman rasmi Facebook JAKIM yang mendapat 1.5 ribu tontonan.


Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 1


Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 2

Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 3

Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 4

Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 5

Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 6

Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 7

Diskusi Keluarga Malaysia Berasaskan Kerangka Maqasid Syariah 8