Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), JAKIM telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada 14 Mac 2023 (Selasa).

Delegasi diketuai oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS dan diriingi oleh Puan Zuraini binti Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, BPPPS.

Delegasi disambut oleh YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK dan Tuan Mohd Fadzuli bin Mohd Zain, Ketua Penguat Kuasa Agama JAHEAIK.

Beberapa isu berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah telah dibincangkan bersama. Antaranya ialah kolaborasi program pencegahan jenayah Syariah, pemerkasaan Bahagian Penguatkuasaan dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh JAHEAIK dalam menangani beberapa isu semasa pelaksanaan undang-undang Syariah di negeri Kelantan.

YB Dato’ Pengarah JAHEAIK meletakkan harapan yang tinggi kepada JAKIM untuk bersama-sama pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam ditadbir dengan baik demi maslahah umat Islam masa kini dan generasi akan datang.

Kunjung Hormat Ke Pejabat Pengarah JHEAIK 1

Kunjung Hormat Ke Pejabat Pengarah JHEAIK 2