Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BESUT, 16-18 MEI 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang bertempat di Tanjong Demong Beach Resort , Besut, Terengganu pada 16-18 Mei 2023. Kursus ini disertai seramai 52 orang fasilitator PKKSK dari seluruh daerah negeri Terengganu.

Tujuan kursus pemantapan pada kali ini memberi pendedahan sepuluh (10) modul PKKSK yang dibangunkan oleh Bahagian KSK melibatkan percambahan ilmu pengurusan individu sebelum kelahiran sehingga ke saat hembusan nafas terakhir. Di sini juga, para fasilitator boleh memanfaatkan kandungan modul yang disampaikan untuk membantu masyarakat sekeliling dalam memelihara kesejahteraan keluarga, sosial dan komuniti.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM. Turut hadir Ustaz Asy-Syafie Abd. Manan, Penolong Pesuruhjaya Kanan JHEAT.

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 1 min

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 2 min

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 3 min

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 4

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 5 min

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 6 min